Followers

Thursday 17 March 2011

Tsunami


Tsunami bermaksud 'harbor wave' oleh Japanese..
Sekitar Disember tahun 2004 dah terjadi Tsunami di Acheh.. Masa tu hampir 230,000 orang menjadi korban stunami di seluruh Asia termasuklah Malaysia akibat terkena 'tempias' bencana alam yang sangat gerun ni.. masa ni baru jugak saya sedar betapa dekatnya saya dengan bencana alam ni memandangkan negeri Pulau Pinang yang kucintai ni hanya ambil masa dalam 30 ke 45 min je ke Medan tu.. (kalau naik flight la) =)

Nak diceritakan pasal pengalaman bencana alam ni.. mula macam mana ye? ok2.. apa yang saya ingat, saya dan abah kesayangan saya tengah ada kat dapur breakfast! masa tu terasa sangat.. kenapa meja bergoyang sikit.. then, minuman pulak berkocak sikit.. abah pulak tiba2 tanya.. 'abah pening ka?'.. dengan slumbernya abah berdiri bak nak nyanyi lagu NEGARAKU.. dan dia terasa dirinya memang macam pening sikit..tapi bukan pening sebenarnya, tu kesan gempa bumi yang sedang terjadi di Acheh..

lepas tu dapat call suruh kitorang tengok berita pukul 11 pagi kot.. TSUNAMI..! tu la bencana alam yang sangat dahsyat pernah saya tengok dan dengar.. sebab benda ni melibatkan kemusnahan harta benda dan yang paling penting kehilangan nyawa tak kira tua atau muda.. Ya Allah.. sangat mengerikan bagi mereka yang terpaksa lalui pengalaman seperti ni..

video di bawah ni cukup mudah nak menggambarkan macam mana kekuasaan Allah swt.. dari sejernih2 air, jangan disangka tidak dapat memusnahkan segalanya.. bila datang air yang setinggi lebih kurang 35m gelombangnya..


 

 Di kampung saya pun tak salah saya lebih kurang 10 orang meninggal.. habis rumah2 nelayan tepi pantai terkena.. kereta berada di depan pintu rumah, bot2 nelayan berada di perkarangan rumah.. keadaan masa tu sangat kelam kabut.. kalau nak diingatkan balik, saya sendiri pun tidur tak lena malam tu.. dalam keadaan berjaga2.. tragedi yang memang tak dapat dilupakan..

Terbaru.. di Jepun..
kesemua ni baru bukak mata masyarakat betapa dunia ni semakin mengganas.. dunia sudah akhir zaman.. dunia dah uzur.. macam2 perkataan nak gambarkkan pasal dunia sekarang..

video ni pulak sama seperti yang digambarkan di atas..

Jepun negara yang paling kerap mengalami kejadian ni.. kesian..

 kita pun tak tahu apa yang akan terjadi selepas ni..
saya cuma sangat bersyukur sebab masih berada di dalam negara yang aman dan selamat.. tapi simpati pada mereka yang pernah alami kejadian seperti ni..

No comments :

Post a Comment