Followers

Monday 28 February 2011

Mood Berubah-ubah??



Hari nie.. 28 Feb (Isnin).. saya dgn malasnya bangun pagi nak pergi kelas.. pukul 8.30.. macam awal kan..? tapi kalau universiti lain, pukul 8.00 dah start kelas.. kira bersyukur la sikit sepatutnya kelas start lambat.. adoii..

Keluar rumah pun dah pukul 8.00! ni agak lewat.. sebab sekurang-kurangnya saya akan keluar rumah 5 6 minit awal dari tu..! (hey zana, ni pun nak berkira ke..?) ehh.. mestilah.. MASA TU KAN EMAS! memandangkan Shah Alam ni agak busy jalan die tak kira siang atau malam.. memang 'bandar hidup' lah saya selalu kata.. sampai je kat jalan besar, dah boleh nampak gate uitm tu... tapi Ya Allah.. kadang2 kena tunggu sampai 3 kali traffic light tukar kaler hijau, baru boleh lepas.. padahal dok depan mata je nampak gate tu.. (tekanan tekanan).. betapa seboknya Mr Road pagi2..

Tapi hari ni jalan elok, tak busy..! :) mood saya ok je..

Gambar hiasan semata-mata

Ni dah kira ok la kan? Tapi yang jadi masalah bila kelas pertama start.. Lecturer ni masuk nak mengajar tapi moodnya berubah gara2 perangai kitorang yang nakal ni..

Prof: Tak habis bercakap lagi ke? bercakap mengalahkan perempuan! 

*Kat sini nampak tak kaum adam o hawa yang bercakap banyak? hehe..

Tiba-tiba kelas diam... masing2 tunduk bawah buat muka bersalah giler! tapi bila prof ni tanya soalan, sorang pun tak nak bercakap.. hadoyaii~ tekanan la prof tu.. last2 kelas pun habis macam tu je bila prof tak jadi mengajar.. mood saya tak ok pulak..

Gambar hiasan semata-mata
''MAAFKAN KAMI PROF''

Sangat buruk perangai bila ada lecturer atau cekgu-cekgu makan hati dengan kita.. Moga Allah s.w.t memaafkan kesalahan yang dah kami lakukan ni..

Sunday 27 February 2011

Coretan Pertama Di Blog Saya!



Actually... niat nak buat blog ni dah lama.. tapi macam malas pulak kan.. semangat ni didorong oleh ayanda tercinta saya, Encik Rusli Bin Hashim.. he's an active blogger.. (tabik spring lah kat abah).. beberapa blog abah dah buat sebab abah ni minat sangat dalam mereka ayat nih (wah.. sorry abah kalau nampak agak hiperbola).. hehe.. abah pernah suggest kat saya buat blog sendiri... tapi masa tu.. malas sangat rapat dengan saya! hmm..

abah: zana tak nak buat blog ke? banyak benda boleh dikongsi dalam blog..


saya: Hmm.. malas lah.. macam nak kena belajar banyak benda dulu nak buat blog yang best.. (bla..bla..bla..)



benda apa la kan yang tak perlu belajar dulu, tetiba nak jd pro??? aku ni pun... 

but now, i'm a final year student, banyak plak masa terluang yang ada.. memandangkan kelas pun dah kurang..

so i insist myself to create my own blog (hati baru terbuka).. sebab dah mula jealous dengan kawan2 yang ada blog (boley tak mcm tu?) hehe.. tapi apa2 pun, saya dah mula create blog saya sendiri dengan menggunakan skill yang termampu.. dan hasilnya... macam ni lah blog saya.. walaupun tak cantik tera mana org penang cakap, tapi puas sebab usaha sendiri belajar segala mak nenek yang ada semata2 nak jadikan blog ni cantik! (wah.. cantik ke?)

saya sekadar nak berkongsi cerita pasai hidup.. pengalaman.. atau apa2 saja.. harap maaf ye andai saya terlebih seronok atau terkurang bahasa.. tak pun, ayat2 saya skema! saya budak masih belajar.. :)

Alhamdulillah... and Thanks to Allah s.w.t..

Ahh haa.. gaya nak tarik pelanggan! :P