Followers

Thursday 17 March 2011

Tsunami


Tsunami bermaksud 'harbor wave' oleh Japanese..
Sekitar Disember tahun 2004 dah terjadi Tsunami di Acheh.. Masa tu hampir 230,000 orang menjadi korban stunami di seluruh Asia termasuklah Malaysia akibat terkena 'tempias' bencana alam yang sangat gerun ni.. masa ni baru jugak saya sedar betapa dekatnya saya dengan bencana alam ni memandangkan negeri Pulau Pinang yang kucintai ni hanya ambil masa dalam 30 ke 45 min je ke Medan tu.. (kalau naik flight la) =)

Nak diceritakan pasal pengalaman bencana alam ni.. mula macam mana ye? ok2.. apa yang saya ingat, saya dan abah kesayangan saya tengah ada kat dapur breakfast! masa tu terasa sangat.. kenapa meja bergoyang sikit.. then, minuman pulak berkocak sikit.. abah pulak tiba2 tanya.. 'abah pening ka?'.. dengan slumbernya abah berdiri bak nak nyanyi lagu NEGARAKU.. dan dia terasa dirinya memang macam pening sikit..tapi bukan pening sebenarnya, tu kesan gempa bumi yang sedang terjadi di Acheh..

lepas tu dapat call suruh kitorang tengok berita pukul 11 pagi kot.. TSUNAMI..! tu la bencana alam yang sangat dahsyat pernah saya tengok dan dengar.. sebab benda ni melibatkan kemusnahan harta benda dan yang paling penting kehilangan nyawa tak kira tua atau muda.. Ya Allah.. sangat mengerikan bagi mereka yang terpaksa lalui pengalaman seperti ni..

video di bawah ni cukup mudah nak menggambarkan macam mana kekuasaan Allah swt.. dari sejernih2 air, jangan disangka tidak dapat memusnahkan segalanya.. bila datang air yang setinggi lebih kurang 35m gelombangnya..


 

 Di kampung saya pun tak salah saya lebih kurang 10 orang meninggal.. habis rumah2 nelayan tepi pantai terkena.. kereta berada di depan pintu rumah, bot2 nelayan berada di perkarangan rumah.. keadaan masa tu sangat kelam kabut.. kalau nak diingatkan balik, saya sendiri pun tidur tak lena malam tu.. dalam keadaan berjaga2.. tragedi yang memang tak dapat dilupakan..

Terbaru.. di Jepun..
kesemua ni baru bukak mata masyarakat betapa dunia ni semakin mengganas.. dunia sudah akhir zaman.. dunia dah uzur.. macam2 perkataan nak gambarkkan pasal dunia sekarang..

video ni pulak sama seperti yang digambarkan di atas..

Jepun negara yang paling kerap mengalami kejadian ni.. kesian..

 kita pun tak tahu apa yang akan terjadi selepas ni..
saya cuma sangat bersyukur sebab masih berada di dalam negara yang aman dan selamat.. tapi simpati pada mereka yang pernah alami kejadian seperti ni..

Sunday 6 March 2011

Kembali ke Rahmatullah


.06 March 2011.
Tarikh ni adalah tarikh pulangnya seorang insan yang berhati mulia, tak henti-henti mengajar anak muridnya supaya menjadi seorang yang berilmu.. kalau tak kerananya, saya jugak tak sampai ke tahap ni.. insan yang dimaksudkan itu diberi nama..
Puan Wan Hazimah Bt Wan Hariri..

Al-Fatihah disedekahkan kepadanya

Difahamkan, arwah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.28 pagi pada tarikh ni yang dipercayai menghidap penyakit kanser usus.. arwah meninggalkan suami dan 3 orang anaknya di mana kesemua anak-anaknya terdiri daripada anak lelaki..

Gambar kenangan dengan pelajar lelaki DEM 5B

Gambar kenangan bersama pelajar perempuan DEM 5B

Pada mulanya arwah masuk ke kelas kitorang, macam2 cerita keluar.. ada yang cakap arwah lebih sukakan student lelaki kerana faktor keluarganya yang terdiri daripada anak lelaki kesemuanya.. tapi sangkaan tu sama sekali tak tepat sebab arwah sangat adil bagi semua lah.. atau dalam erti kata lain, arwah tak bias..! arwah layan sama rata je baik student laki mahupun perempuan.. sebab saya dan kawan2 lain sendiri yang nampak dan rasa arwah memang bukan seorang yang seperti yang diceritakan tu.. Alhamdulillah, saya dan kawan2 boleh 'ngam' dengan arwah sampai kitorang habis belajar di Perak..

Kami datang rumah arwah untuk beraya

Di bawah ni koleksi gambar arwah bersama sesetengah studentnya masa kitorang sama2 menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak.. saya rasa nak share gambar kenangan bersama pensyarah kesayangan saya kat sini.. no hal kan..? =)

Dinner DEM masa kitorang part 5

Dekat rumah arwah

Arwah bersama rakan seperjuangannya

Saya dan arwah masa Dinner Dem part 5

Arwah seorang yang mudah didekati

Taman Layang-layang


Pada 10hb Februari 2011, saya dengan diorang pergi ke Taman Layang-layang yang letaknya di Kepong, Selangor.. thanks to Ummu a.k.a awek Zul sebab perkenalkan tempat yang sangat cantik macam ni pada kitorang.. I think you guys out there should go to get this exciting experience! kitorang pergi berkonvoi 5 bijik kereta.. tempat tu sangat cantik dan sangat sesuai nak main layang-layang sebab angin tu sepoi-sepoi bahasa.. ehh, up sikit ye.. 'sepoi-sepoi kencang la jugak..'

Gaya artistik saya dan Jue tengok layang-layang terbang tinggi!

Member2 yang pergi sama habiskan masa kat sini ada yang pergi berduet.. tapi kitorang tak lupa pada yang 'single but not available' ni.. diorang tak dilupakan tau.. kalau nak gumbira, biar gumbira sama-sama kan.. baru hap-pening! hehe..


Aweks! tapi not available ye korang
Hero2 Malaya. Pilih mana satu nak? :P

Gian tiba-tiba pulak nak bersenam



love this pic so much




Nak menuju ke menara kat taman layang-layang ni..

Macam ni la rupa pemandangan bila berada di atas menara kat taman ni.. cantik kan?
Thank you guys for spending time together! Hopefully friendship ni will get along sampai bila2 walaupun dah tua kerepot.. hehe..

HOPE THIS MOMENT WILL NEVER BE FLY AWAY
Farid | Mamat | Afiq | Zul & Umu | Sabila & KJ | Jue & Syafiq | Fiza & Mat and also my MF

Saturday 5 March 2011

Chinese Name

 

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I’m Sam Wan (someone) and I need to talk to Annie Wan!  It is urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone, but what is this urgent matter about?

Caller: @#$… just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller: You are so rude! What is your name?

Operator: I am Saw Lee (sorry)!

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!


Semua paparan situasi, jalan cerita dan nama-nama watak yang termuat di dalamnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Dear Friend


I have often thought about it,
But somehow I couldn’t find a solution,
Was I too harsh..?
Maybe, but now it seems too late.

          I have lost a friend,
          A friend too dear to me,
          Someone so true yet so deceiving,
          Someone so near yet so far.

We were once on top of the world,
Singing and dancing like’s it’s nobody’s business,
But now even when we come face to face,
We seem to be smiling,
But are actually crying inside.

          Maybe we made the wrong decision,
          Maybe we should’ve stayed as we were,
          ‘Happy and carefree’,
          But there are too many ‘maybes’,
          Maybe that’s why we made up our mind,
          Maybe it was the right decision.

I remember you were once my best friend,
Now, we are barely friends,
I sometimes wonder,
Was it your mistake or mine..?

          After all the ups and downs we went through,
          I realized one thing,
          It doesn’t matter who is right or wrong,
          But ‘are we ready to truly forgive..?’
          Are we ready to let go of the grunge and anger inside..?

No matter what you decide,
I have to tell you something true from my heart,
You made me, who I am today,
And I am very grateful for all you have done,
You will always be my best friend..

Bintang ni melambangkan cahaya persahabatan.. :)

Berdoalah Untuk Ibu Bapa Kita Yang Disayangi


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka
limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu, keampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

Kamu


Kamu tu sape..? kamu tu merujuk pada seseorang yang namanya Muhammad Faiz (MF).. dia rakan sekelas saya since kitorang di UiTM Perak lagi.. sama kelas sampai la part 5.. ehh, tu pun ada yang tak sama kelas masa part 4 sebab diorang ni (budak laki kelas saya) kesemua berhijrah ke kelas lain.. masa part 6 pulak, tak sama jugak sebab kitorang semua buat practical training..

I get to know him since we were in Part 6.. tak pernah bercakap secara informal.. hmm macam mana tu ye? maksudnya, saya tak pernah bercakap atau melawak dengan die masa di uitm perak dulu.. dia pun bagitau dia dapatkan no tepon saya dari salah sorang kawan rapat saya masa last day kitorang kat uitm tu..

Tapi.. niat hati saya nak jugak borak dengan dia sebab kata salah sorang budak kelas saya ni yang namanya Aida (bukan nama sebenar ye) ni, si dia ni seorang yang kelakar.. masa ni kami borak nak ke kelas (masa part 2)..

Aida: Zana, lawak tau dia ni.. ko tak nak try borak dengan dia ke?

Saya: Ye ke kelakar..? hmm.. boleh jugak..

Aida: Nah.. ambik la no tepon dia ni.. 01********

Zana: Ok.. thanks..

Masa ni saya main ambik je num tepon ni.. tapi sampai ke sudah saya tak pernah mesej pun dia.. saya pun bukan jenis yang suka nak berkenalan melainkan kalau ada yang nak kenal dulu.. (rasa2nya la)..

Sampai la satu malam Hari Raya Aidiladha tu, dia wish saya selamat hari raya..

*tut tutttt*
.1 message received.

Tengok-tengok nama MF ni..tekejut jugak saya dibuatnya..

MF: Selamat Hari Raya Aidiladha.. bla bla bla.. (tak ingat dah ayat belakang2 tu)

saya pun terus la tanya.. ni MF kan..? cuma nak confirmkan je.. takut-takut salah orang.. rupa-rupanya betul.. starting malam tu, tak henti pulak kitorang mesej malam tu.. saya dah segan sebab jarang betul saya borak dengan budak sekelas saya yang laki2 ni tambah-tambah lagi si MF ni yang agak kelakar orangnya.. (kelakar ke?) dan si MF ni adalah luahkan sikit rasa hati dia tu.. tentang budak kelas, tentang diri saya.. ops! lala..

keesokan harinya, dia tertinggal henpon kat rumah mak cik dia.. tak senang duduk rupa2nya kitorang ni.. haha.. ingat balik, kelakar pulak.. entah kenapa saya pun nak gelabah bewak tiba-tiba je.. hmm.. dia pun sama.. capai je henpon, terus hantar mesej sorry kat saya sebab bla bla bla... macam-macam lagi diluahkan..

Panjang lagi ceritanya, tapi saya pendekkan la ye.. dari situ, 'bermula lah cerita saya dengan MF ni'

thank you awak sebab kasi saya ni..
Cik Mon and Cik Minnie
Tido saya sangat selesa! makaseh... (─‿‿─)

Ni gaya gediks sgt nih!

I ❤ Them


Saya sayang mereka! mereka dunia saya sejak saya kecik lagi.. ❤❤

Hey budak ni.. comotnye... :P

Keluarga saya: 

Abah
Seorang yang sangat tegas tapi hati lembut bila dengan anak-anak (tapi tegas tu ada jugak bila anak-anak buat silap).. abah juga sangat suka dengan blog.. macam-macam blog dah abah create.. gud job abah! abah memang suka aktiviti lasak (Kayak, naik bukit dan panjat gunung dll).. hampir setiap tahun ada saja aktiviti kampung yang abah pun turut anjurkan.. dan yang terbesar, MERENTAS DESA PULAU PINANG.. semangat abah kuat, abah belajar lagi dan belajar sampai jadi seorang pengajar di salah sebuah sekolah  rendah di Pahang.. tak salah saya di Felda Lakum.. beberapa tahun kemudian, jadi cikgu di Sek Men Keb Seri Balik Pulau, Pulau Pinang, lepas tu di Sek Men Keb Abdullah Munshi, Pulau Pinang and currently di Sek Men Keb Teluk Kumbar (2).. abah memang idola saya lah!

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Mak
Garang masa kitorang kecik-kecik.. 'Lentur buluh biarlah dari rebungnya'.. mungkin ni teori mak kot.. tu yang mak garang je dengan anak-anak.. tapi bila dah besar.. mak boleh dibawak berbincang.. mak jugak macam abah.. sukakan aktiviti lasak.. tiap hari Ahad, diorang beramai-ramai akan naik bukit di sekitar Teluk Kumbar ni.. bagus mak! patutla mak masih lagi nampak kuat walaupun kaki mak selalu sakit disebabkan accident yang mak alami masa raya kedua lebih kurang 3 4 tahun lalu.. bagi saya, mak seorang yang sangat kuat.. macam-macam penyakit dah mak alami sehainggakan ada penyakit yang terpaksa dioperate.. tapi mak masih lagi kuat.. dari dulu sampai sekarang.. saya bangga mempunyai mak yang bernama RAHANI BINTI OTHMAN..!

Saya sayang diorang sangat-sangat

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Abang Zani
 Abang yang sulong.. sekarang kerja di Kelab Sukan dan Komuniti (KSK), kalau tak salah saya la namanya macam tu.. agak garang bila adik-adiknya buat silap.. bertindak sebagai assistant abah nak bagi nasihat bila ada saja perkara yang tak kena dilakukan oleh adik-adiknya ini.. agak tegas jugak.. maybe disebabkan dia anak yang sulong! akan bagi pertolongan kalau saya mintak tolong sesuatu.. sekarang dah ada tunang yang namanya Nurool Azreen Bt Hazizi.. Hopefully, lepas kahwin ni hidup kamu dan pasangan akan bahagia sama macam abah dan mak kita..
Abang Zani and his fiancee, Kak Reen

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Abang Remy 
 Ni abang no 2 saya.. sekarang dia belajar di JMTI dalam kejuruteraan mekatronik.. emm, ye kot.. dia tua setahun je dari saya.. jadi, kalau sekolah rendah, sekolah sekali la.. yang best masa sekolah rendah, dia akan bagi duit sekolah dia kalau saya mintak.. ni seingat saya la.. walaupun perangai dia kadang-kadang buat saya rasa macam nak jadi The Hulk, saya masih lagi respect dia sebab dia sentiasa jaga adik-adiknya dari segi perangai kitorang yang nakal-nakal ni.. thanks bro!
Sorry, ambik ur pic yang da berzaman ni

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Nida
 Ni adik second last saya.. dia sangat minat ngan cerita-cerita Korea ataupun orang-orang Korea.. dia sangat matured dari saya! haha.. pasai apa ye saya cakap macam ni..? ye! memang dia matured dari saya.. sebab.. ada apa-apa masalah dia selalu bagi idea yang sangat bernas.. dia control cara percakapan dia.. gelak dia.. tak macam saya ni.. sekarang, dia masih lagi belajar dalam medic di Tanta Uni.. semoga berjaya adikku..! banggakan mak abah kita..
Pic don't lie! Die lebih rendah dari saye even dia nampak matang dari saya

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Adik a.k.a Redzwan
Ni adik saya yang bongsu.. sekarang masih lagi belajar di Tingkatan 4.. lepas je dari PMR tahun lepas, dia apply sek teknik.. sekarang dia di Sek Men Teknik Balik Pulau.. dia ni sangat nakal.. tapi kalau sekali kena marah.. memang suka buat muka innocent giler! geram jugak bila dia kadang-kadang selalu tak dengar kata tapi tu lah kan.. budak-budak nak membesar.. sekarang dah kena dok asrama, hope kamu boleh berdikari dan ubah sikit perangai tu demi kebahagiaan mak abah..! gud luck bro!
bajetnya adikku yang sorang ni!

Nasib Saya Baik


Banyak benda ada dalam diari budak yang namanya Ruzanna ni since zaman kanak-kanak lagi.. Dari kecik lagi, ada saja benda yang tak dapat dilupakan..

Memang jadi lumrah bagi seorang manusia untuk terima segala yang ditetapkanNya.. samalah jugak macam saya.. saya ni hanya manusia biasa.. yang tak terlepas dari segala dugaan.. tapi syukurlah, saya masih lagi dapat teruskan hidup dalam keadaan normal dan sempurna..

Ni la perkara yang saya tak dapat lupakan di zaman kanak-kanak saya.. masih lagi dalam ingatan... :)

Jatuh tergolek-golek masa di Bukit Bendera
 Masa ni saya pun dalam umur 6 7 tahun.. Bukit Bendera ni kan salah satu dari tempat destinasi pelancongan di Pulau Pinang.. saya dengan slumbernya berlari turun dari kaki bukit.. tak sempat nak tekan pedal brek.. saya jatuh tergolek-golek macam buah limau jatuh dari bakul.. masa tu tak tau nak buat apa, nangis la sepuas hati.. orang tua-tua cakap, nangis la kuat-kuat kalau nak rasa puas hati.. saya dari kecik dah amalkan dah teori ni.. tu sebab saya kuat betul nangis.. hehe.. sakitnya..? awak masa tu kecik-kecik lagi, of cos la sakit.. kalau tak sakit pun masa tu, saya akan buat-buat nangis sebab nak cover jatuh tergolek tu.. bagi orang kesian.. boleh tak macam tu?tapi nasib saya baik bila saya tak terjatuh menjunam ke dalam gaung..

Lemas di laut
Lemas..? selamat ke tak..? benda ni yang paling saya tak dapat lupakan bila pernah lemas di laut.. masa tu saya mandi dengan abang-abang saya.. lebih kurang 6 tahun jugak la.. kampung saya letaknya depan laut je.. jadi kalau balik kampung, rajin la pergi turun ke pantai carik pasai.. satu hari tu kitorang mandi, seingat saya, kaki saya terjingkat-jingkat makin ke dalam (konon-konon nak bagi paras laut sampai ke leher la).. maybe masa tu pengaruh VCD kot nak wat stunt! hehe.. tak sedar masa  tu, tiba-tiba je kaki tak mencecah dasar laut.. apa lagi..? terusla melopong.. ingat lagi air masuk dalam telinga.. sambil tersedut-sedut air dengan hidung.. nak OKSIGEN! tapi.. AIR LAUT yang masuk..! dugaan bertambah lagi bila mata pulak kena air laut.. pedihnya.. tapi nasib saya baik.. ada orang selamatkan saya tak lama lepas tu.. saya tak ingat sape.. maybe abang saya.. atau nelayan-nelayan.. saya sampai je tepi pantai.. saya muntah-muntah.. masa tu Allah saja tau macam mana perasaan saya bila nyawa di hujung tanduk.. 

Penyakit asthma
Saya memang gemar btol dengan haiwan yang namanya kucing ni.. mungkin sebab kucing ni comel, tambah-tambah lagi kalau badannya yang gemok! sangattt comey kan? disebabkan saya ni addicted dengan kucing.. saya pun bela la beberapa ekor kucing.. sampai bawak kucing tido sekali pun ada.. Lastly, masa saya buat medical check-up sebab nak masuk hostel masa Ting. 1, doktor mengesahkan saya alami penyakit ni.. setahu saya, keturunan keluarga saya belum ada lagi yang ada penyakit macam ni.. tapi punca sebenarnya adalah disebabkan bulu kucing.. betapa nak luruh jantung masa tu bila doktor mengesahkan macam ni.. patutla nafas saya tersekat-sekata.. bila tarik nafas dalam-dalam, bunyi macam 'sedut air yang nak habis tapi guna straw'.. tapi Alhamdulillah, atas nasihat doktor suruh saya aktif bersukan masa sekolah menengah (walaupun tak seaktif orang lain la), nasib saya baik bila saya recovered sampai la saya buat lagi sekali medical check-up kemasukan ke PLKN.. penyakit ni dah tak ada.. saya harap untuk selamanya..

Dikejar anjing gila
Satu pagi yang hening ni, konon-konon merajuk dengan kawan-kawan sebab diorang pergi sekolah dulu tinggalkan saya yang agak lembab bersiap ni! tapi rupa-rupanya kawan-kawan saya tu tengah tunggu di simpang jalan besar.. nak gerak sekali la.. tapi dengan merajuknya, saya suruh diorang gerak dulu, saya follow belakang.. eh, lupa pulak nak cakap.. masa tu kitorang naik basikal je sebab ada kelas tambahan masa darjah 6.. senang sikit nak balik pukul berapa pun.. sambung balik ea~ on the way ke sekolah tu, kitorang ikut jalan shortcut atau dalam bahasa melayu asli, jalan pintas.. tapi mood saya yang mengada-ngada masa tu buatkan saya nak ikut jalan lain.. saya ikut lorong yang bangunannya tak siap lagi.. sampai tengah jalan.. saya nampak sekor anjing besar ni dok tengah selongkar tong sampah.. dalam pikiran saya, nampah macam anjing ni tengah lapar.. tapi sungguh! anjing tu nampak je saya terus dikejarnya sampai terasa mulut dia terkena roda basikal 'lerun' saya.. arghh! masa tu saya dengan pantasnya kayuh basikal sampai nak tersodok tembok rumah kedai yang tak siap tu.. takut dibaham! sampai je sekolah.. nasib saya baik, saya selamat dari jatuh depan-depan anjing tu..

Sesat masa balik sekolah
Saya ni dari kecik memang tak reti naik bas.. sebab pernah ada pengalaman naik bas, sampai je kat rumah.. tekan loceng tapi tak bunyi pulak.. adoii.. tapi bas tu berhenti jauh sikit la bila saya pun merangkak-rangkak pergi ke loceng lain nak tekan.. satu hal pulak, kena jalan kaki balik ke rumah dengan jarak jauh.. tu yang buatkan saya takut benor nak naik bas.. sampai la saya Ting. 4, saya balik dari sekolah dengan bas sebab ayah saya tak jadi ambik saya balik sekolah sebab ada kerja lain.. nak tak nak, terpaksa la saya naik bas! masa tu tawakkal la.. pukul 3 petang je balik, saya ambik la bas yang tak tahu menahu betul ke bas ni balik ke rumah saya..? berat mulut, sesat jalan! saya pun ringankan mulut saya ni..

Saya: Encik, bas ni lalu tak kat Jalan Kampung Masjid?

Encik Bas: Haa.. naik la.. 

Saya dengan slumbernya naik tapi tak pasai-pasai bas tu lalu jalan nak pergi Batu Feringghi.. ni bukan jalan ke rumah saya! saya dah tersalah bas bila saya sedar saya sorang je yang tak turun-turun lagi walaupun dah sampai hujung jalan.. nasib saya baik bila driver bas tu sanggup hantar saya balik semula ke KOMTAR tanpa mengenakan satu sen pun dan ajar saya ambik bas yang betul balik ke rumah saya.. lastly, saya sampai rumah pukul 8 malam..

Nasib saya baik kan..? Alhamdulillah..