Followers

Sunday 24 July 2011

Koleksi Barang Kemas


Assalamua'laikum...
Hye.. hye.. hye..!

Dengar tajuk tu nak buat gempak je kan! hehe..
Bukan saye nak tunjukkan koleksi peribadi barang kemas saye ye..
cuma nak berkongsi pengalaman melawat kilang buat barang kemas..

Yela.. perempuan tak lekang kan nak berhias untuk diri sendiri..
tak kisahla dengan baju ke, tudung ke, emas ke..

Haaa.... cakap pasal emas ni, memang kena sangat lah time2 nak raya ni kan..? wah3, puasa pun belum start lagi dah tingat nak raya! hehe..

Btw, korang dah tempah blom baju raye? kalau kat tempat saye la kan, time2 macam ni tailor dah tak nak tau.. sebabnya dah lewat sangat nak bagi tempahan baju tu.. hmm, nak tak nak kena la beli baju yang dah siap kan? tapi ukuran ni yang selalu jadi problem kan? kalau tak jadi prob, ok laa...

Ok2, balik pada topik yang agak2 hot tu.. (hot ke? hehe), semalam saya ade melawat 1 kilang mengeluarkan barang kemas ni.. dapat peluang pulak masuk dalam kilang tu tengok macam mane diorang produce barang kemas tu sendiri.. I really amazed! dapat tengok pembuatan barang kemas dengan mata kepala sendiri! hehe..

Kat bawah ni ade la beberapa gambar yang saye sempat ambik mase melawat kilang tu...

Ok!

Cepat2 telan air liur tu kalau sape yang gile ngan barang kemas ni taw.. tkt meleleh... hehe..

Ok.. Layannnnnnn....


Proses mengetuk


Proses memasukkan batu2

Proses mengetuk

Proses memasukkan batu2

Proses membuat rantai emas halus

Penelitian!

Errr..??



Part ni memang best kalau nak tengok! sampai juling2..


























Da abeh da... =)

Thank you for reading this entry ! :)

Friday 22 July 2011

Cantik itu Perlu?


Assalamualaikum.. =)

Wahh... ape yang perlu tu..? cantik macam mana yang perlu tu..?

Tengah bosan2 di office ni, tiba2 terfikir topik ni.. sebab hari tu chat dengan member sorang ni.. terkeluar lah segala isu pasal hodoh-cantik-cun-kurus-gemuk dan sewilayah dengannya... mesti boleh teka kan ni berkenaan ape?


Ye..! anda tepat............!!
=)
=)

1 persoalan dah dijawab oleh anda! mestilah pasal sifat fizikal seseorang kan.. hehe..
lebih tepat lagi, cantik hati dan fizikal..

 Dari segi nak berjodoh2 ni.. kalau timbul isu camni, mesti nak cakap..
"ala, tengok awekla tu macam mana.. cantik.. mestila ada orang nak"

tak pun cakap camni..
"ala, nak dapat yang cun bukan susah asalkan pandai bergaya je..."

tak pun.. camni pulak..
"cube tengok, kalau awek lawa.. mesti bf tu x beberapa kan..? tak pun, kalau awek tak lawa, mesti dapat orang yang ada rupa kan.."

amboi aihh.. macam dah tertulis je kan kalau selalu cakap camni..~

Mana ada semua orang macam tu.. tu mind set orang je sebab dok selalu jumpak orang2 camni ..

bagi yang kurang confidence level tu, jangalah terlalu humble dengan diri korang.. tak semua orang yang cantik rupa paras tu cantik hatinya .. dan tak semua pulak yang tak cantik rupa paras tu cantik hatinya..

*Oo'oooo... apa ni..? pening suda...
pendek cita disebaliknya la..=)

Bagi orang yang dah memang cantik rupa paras, tu advantage la pada diorang.. bersyukur la dengan pemberian Allah.. yang elok2 bertudung tu, teruskan lah tapi ada jugak yang berlaku sebaliknya.. itu no komen lah.. jangan sampai leka dengan kecantikan yang ada sampai lupa nak bersyukur padaNya.. nanti jadi manusia yang tak bersyukur pulak... tapi yang cantik dan baru2 nak berjinak memakai tudung tu, Alhamdulillah la.. kalau ramai yang beratur nak tunggu 'masuk line' pulak, pilihla yang betul2 sayangkan korang.. jangan hanya tengok pada paras rupa je.. memangla selalu sangat dok dengar, 'dari mata turun ke hati'.. tapi maksudnya bukan tengok pada rupa saja, kenalah tengok hati orang tu sama..

Orang yang kurang ke-cute-tan pada diri tu pulak, jangan terlalu merendah diri ye.. kalau rupa paras tak cantik sekalipun tapi hati baik, insyaallah akan dipertemukan dengan orang yang ikhlas.. hati yang baik akan kekal lama kalau sentiasa didorong oleh pemikiran yang positif.. sentiasa fikir yang Dia dah aturkan cara hidup terbaik bagi kita.. janganlah anggap kekurangan pada diri suatu yang mencacatkan kehidupan.. Allah s.w.t dah kurniakan kitaran kehidupan yang baik buat setiap insan.. dan itu lah yang terbaik dariNya dan yang paling penting, ada HIKMAH pada setiap perkara yang telah diaturkan tu.. cuma antara kita sedar atau tak saje..

balik pada tajuk ni, cantik itu perlu? perlu ke dalam soal mencari jodoh..? wah, topik menarik ni..! hehe.. panjang nak membebel ni kalau cakap soal jodoh.. tapi ringkaskan jela ye.. jangan risau pada sesape yang rasa diri kureng dari segi fizikal tu, takut tak bertemu jodoh.. cuma tetapkan hati, setiap seorang dah ada jodohnya yang sendiri.. cuma lambat dengan cepat je nak 'bertembung'.. haha.. ingat ni 'bumper car' ke nak langgar2 bertembung bagai.. 

adehh.. Cik Zan dah mula merapu.. plis stop it Cik Zan!
-
-
-
-end-

"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan diagung-agungkan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah di atas apa yang dikurniakan kepada kita kerana kedua-duanya adalah anugerah Alla s.w.t"



 *mintak maaf kalau hasil coretan saye ni mengguris mencalarkan hati sape2 yang membaca.. ini cuma lah coretan hasil dari pandangan sendiri.. terima kasih kerana sudi baca.. :)

Thursday 21 July 2011

Apa Saye Merepek ni?


Kosongnya.. ada tak orang baca blog saye yang 'feminine' ni.. =(
ke saye membebel sorang2..
sometimes it makes me down.. down to earth x pe.. tp skrg moral down..! arghh.. guano ni? nak bukak kedai kopi biar laku tapi x laku2 lagi.. copat2 lah datang semangat... boleh besarkan empayar blog ni! haha.. ok, adios!

Tuesday 19 July 2011

Sakit Mata


Bosan jugak tak dapat pergi keja.. sebab sakit mata! Mataku ni dah la agak besar.. bila sakit mata, rasa semacam je.. perkara pertama bila sakit mata ni kan, asik berair kan..? paling x selesa pulak bila nak tido.. Adoi.. dugaan2.. sakit mata ni ikut suka kalau nak jadi, jadi lah.. tak ikut peringkat umur.. yang muda pun jadi, yang tua pun jadi mangsa jugak.. kadang tak sedar tup2 terus merah..

Kenape ye selalu terjadi sakit mata ni? macam yang kita penah tahu, sakit mata ni kan satu penyakit yang berjangkit..

Saya: Tok wan*panggilan org utara untuk atok*..... kalau zana nak tengok tv boleh tak?

Tok wan: Boleh la.. tapi lebih baik pakai cermin mata hitam.. hang ada tak?

Saya: Ada.. tapi tertinggal dalam kereta la..

Tok wan: Tok wan ada.. tu! *sambil tunjuk kat cermin matanya*.. pakai la tok wan punya.. kalau kat luar, baik pakai spek mata ni sebab bahaya berjemur kat matahari..

*Amboi tok wan pun ada spek mata hitam na*

Ni lah antara petua orang2 tua kalau sakit mata yang x dijemput tu datang.. pakai cermin mata HITAM ye! bukan kaler biru ocean, kaler coklat ke apa ke..

Gambar tipu2 je.. =)

Bawah ni ada lah sikit info pasal sakit mata.. korang boleh la baca nak menambahkan ilmu pasal mata ni.. kalau terjadi pada sape2 pun, korang boleh la jadi 'doktor' pada orang tu kan? hehe..

Kategori:
Konjungtivitis (Selaput luar biji mata) *penyakit yang kurang berisiko tinggi*
- Yang terhasil dari jangkitan virus dan kuman (bakteria)
- Mudah berjangkit tidak kira peringkat umur dan perlu mengambil tindakan pencegahan dengan segera.

Punca:
1. Bulu Haiwan
2. Habuk
3. Pencuci Peluntur
4. Peluntur Cat
5. Pengawetan dalam ubat mata
6. Pemakaian contact lens *berpunca daripada lecetan pada kornea mata*

Langkah-langkah pencegahan:
1. Jangan berkongsi barangan dengan seseorang yang mengalami sakit mata
2. Berhati-hati memilih pencuci kontak lense
3. Memakai kaca mata atau vizor ketika memandu terutamanya motor
4. Membasuh tangan sebelum dan selepas memegang mata pesakit

Kategori:
Infectious keratitis *penyakit yang berisiko tinggi*
- Sejenis sakit mata yang dijangkiti pada mata
- Kesakitan pada bola mata
- Sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit.
- Kecacatan kekal pada penglihatan sekiranya tidakan segera tidak diambil

Langkah-langkah pencegahan:
Berjumpa dengan doktor dengan segera.

Mencegah lebih baik daripada merawat.. Sayangi mata anda..

Wednesday 13 July 2011

Hina Lagu Negaraku?


Makin hari makin banyak isu yang tak berapa sedap didengar menjadi2 kat negara ni.. kenapa ye? adakah sebab kita ni berada di dalam kalangan orang yang sudah tak ada tamadun? atau kita semakin hanyut dengan kesenangan yang dimiliki selama ni? TAK ADA RASA HORMAT SESAMA RAKYAT?

Baru2 ni negara dikejutkan dengan insiden perhimpunan haram dan sebagainya.. hal ni tak nak saya komen sebab ianya bergantung pada pendapat masing2.. semua orang nak kan benda yang terbaik bagi diri mereka.. tapi di tengah2 perbualan orang ramai tentang perhimpunan tu, muncul pulak satu isu baru mengenai 'Hina lagu Negaraku'!

klik Pelajar didakwa hina Negaraku ni nak tahu sedikit sebanyak tentang isu ni.

Sekarang perkara ni masih lagi didalam siasatan..
Tapi, niat ke arah ni dah terjadi.. golongan yang buat perkara seperti ni siapa? apa motif sebenarnya?
atau dia memang nak dapatkan status 'glamour' kat mata dunia..?

Sayang kalau golongan macam ni mempersendakan lagu keramat negara.. seolah2 golongan ni tak bersyukur dengan apa yang dimiliki.. kalau pergi kat mana2 negara sekalipun, sape yang suka bila lagu negara dihina? di mana kesedaran moral terletak?

Pergi mana2 acara, kebanyakkannya akan dendangkan lagu Negaraku dulu.. sampai la ke perlawanan bola sepak.. tujuan utamanya adalah nak menaikkan semangat diri setiap yang mendengarnya.. tapi bila perkara berlaku sebaliknya seperti isu ni seolah2 mempersendakan lagu negaraku, ia seolah2 jugak mempersendakan TANAH TUMPAH DARAH SENDIRI termasuklah institusi raja2..

Lirik Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.


sedarlah, kita berada di dalam zon yang aman damai.. janganlah kita kucar-kacirkan atau menjatuhkan negara sendiri.. kalau tak kerana Malaysia Bumi Bertuah ni, kita mungkin tak kan boleh keluar ke mana2 saja yang kita nak.. kita sentiasa dibelenggu ketakutan seperti yang berlaku di negara2 arab sana..

"Syukur padamu Ya Allah.. kerana diberi perlindungan yang sempurna ini.."






Sunday 10 July 2011

Hati terharu


Assalamualaikum..
Hm.. macam mana la kan dengan orang yang kurang upaya ni..? diorang ni ada tak yang bersemangat nak keja macam orang normal..? ada sesetengah daripada diorang mungkin terasa malu dengan ketidaksempurnaan mereka.. tapi tu semua hanyalah ujian dari Allah s.w.t.. apa pun kekurangan, kita mestilah sentiasa bersyukur kepadanya.. ada hikmah di sebalik semua ni..

Baru2 ni saya on the way nak balik ke rumah lepas habis keja.. tiba di traffic light, lampu merah.. macam biasalah, kita berhenti walaupun lampu tu tengah kuning sekalipun, kena berhenti awal2.. kan dalam peraturan dah tegaskan 'kuning bersedia untuk berhenti'.. hehe.. takut2 memang ada orang yang nak melintas jalan, tak sempat pulak nak break..

kemudian, ada la seorang OKU ni nak lintas jalan tapi guna tongkat la.. tapi di tengah2 jalan, tongkat dia terjatuh.. ada la kakak yang baik hati ni datang.. dia tolong pimpin tangan orang yang kurang penglihatan tu menyeberang jalan.. hati kakak ni sungguh murni kan..?

tapi ni bukan cerita sebenar yang nak disampaikan ye.. ni cuma selingan2 je.. yang buatkan hati saya jadi tersentuh.. bila tengok OKU tu kemas pakai baju SHELL a.k.a pusat isi minyak petrol.. =)
sangat tersentuh masa tu..
'dia keja jugak kan walaupun keadaan macam ni' *mengomel saya*
tiba2 je nak mengalir air mata ni.. tengok kesanggupan orang tu bekerja walau tak sesempurna mana pun.. tapi ada sesetengah di antara kita ni yang tak nak keja walaupun sempurna fizikal mahupun akal..

tiba2 teringat kat budak2 sekampung yang suka berkeliaran ni, kalau berkeliaran tolong bersihkan kampung tak apa la jugak.. tapi ni berkeliaran melepak.. tenaga kudrat ada tapi tak nak gunakan dengan sebaiknya.. sedih...

percayalah, sesiapa yang berusaha mencari pekerjaan pasti ada rezekinya.. cuma antara cepat dan lambat saje..


“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri” (ar ra’du ayat 11)

My First Job



8 Jun 2011
 It was my first day of working..

Bangun awal.. orang cakap, semangat! haha.. semangat tu yang penting.. bukan apa, takut masuk keja lambat.. rumah pulak jauh dari tempat keja.. hmm, memang hari2 kena bangun awal.. masuk keja pukul 9 dan keja sampai pukul 6 petang..

tapi.. saya macam biasalah.. datang awal, masuk pun awal lah.. pukul 8 dah tolong bukakkan pintu office.. kemudian, bukak PC yang ada.. kemudian wireless plug!
yes! dari sini bermula lah detik saya untuk attack facebook dulu sebelum keja mula..!
*amek semangat dulu*

tenang saya keja.. masuk2 sudah kena buat 2 report yang dah di'inspect' oleh Mohd Farid..
alamak! kelancaran akal saya sudah lama tak digunakan dalam membuat report! dari pukul 11 malam sampai pukul 3 petang lebih kurang, saya tak siapkan apa2 pun lagi.... parah2!!

tapi tak apa, saya suka term 'staf baru'.. selamat...... :)
*tak perlu kata apa2.. senyum*
--------------------------------------------------------------------------------------------------

pukul 6.. time to go home!

Thursday 17 March 2011

Tsunami


Tsunami bermaksud 'harbor wave' oleh Japanese..
Sekitar Disember tahun 2004 dah terjadi Tsunami di Acheh.. Masa tu hampir 230,000 orang menjadi korban stunami di seluruh Asia termasuklah Malaysia akibat terkena 'tempias' bencana alam yang sangat gerun ni.. masa ni baru jugak saya sedar betapa dekatnya saya dengan bencana alam ni memandangkan negeri Pulau Pinang yang kucintai ni hanya ambil masa dalam 30 ke 45 min je ke Medan tu.. (kalau naik flight la) =)

Nak diceritakan pasal pengalaman bencana alam ni.. mula macam mana ye? ok2.. apa yang saya ingat, saya dan abah kesayangan saya tengah ada kat dapur breakfast! masa tu terasa sangat.. kenapa meja bergoyang sikit.. then, minuman pulak berkocak sikit.. abah pulak tiba2 tanya.. 'abah pening ka?'.. dengan slumbernya abah berdiri bak nak nyanyi lagu NEGARAKU.. dan dia terasa dirinya memang macam pening sikit..tapi bukan pening sebenarnya, tu kesan gempa bumi yang sedang terjadi di Acheh..

lepas tu dapat call suruh kitorang tengok berita pukul 11 pagi kot.. TSUNAMI..! tu la bencana alam yang sangat dahsyat pernah saya tengok dan dengar.. sebab benda ni melibatkan kemusnahan harta benda dan yang paling penting kehilangan nyawa tak kira tua atau muda.. Ya Allah.. sangat mengerikan bagi mereka yang terpaksa lalui pengalaman seperti ni..

video di bawah ni cukup mudah nak menggambarkan macam mana kekuasaan Allah swt.. dari sejernih2 air, jangan disangka tidak dapat memusnahkan segalanya.. bila datang air yang setinggi lebih kurang 35m gelombangnya..


 

 Di kampung saya pun tak salah saya lebih kurang 10 orang meninggal.. habis rumah2 nelayan tepi pantai terkena.. kereta berada di depan pintu rumah, bot2 nelayan berada di perkarangan rumah.. keadaan masa tu sangat kelam kabut.. kalau nak diingatkan balik, saya sendiri pun tidur tak lena malam tu.. dalam keadaan berjaga2.. tragedi yang memang tak dapat dilupakan..

Terbaru.. di Jepun..
kesemua ni baru bukak mata masyarakat betapa dunia ni semakin mengganas.. dunia sudah akhir zaman.. dunia dah uzur.. macam2 perkataan nak gambarkkan pasal dunia sekarang..

video ni pulak sama seperti yang digambarkan di atas..

Jepun negara yang paling kerap mengalami kejadian ni.. kesian..

 kita pun tak tahu apa yang akan terjadi selepas ni..
saya cuma sangat bersyukur sebab masih berada di dalam negara yang aman dan selamat.. tapi simpati pada mereka yang pernah alami kejadian seperti ni..

Sunday 6 March 2011

Kembali ke Rahmatullah


.06 March 2011.
Tarikh ni adalah tarikh pulangnya seorang insan yang berhati mulia, tak henti-henti mengajar anak muridnya supaya menjadi seorang yang berilmu.. kalau tak kerananya, saya jugak tak sampai ke tahap ni.. insan yang dimaksudkan itu diberi nama..
Puan Wan Hazimah Bt Wan Hariri..

Al-Fatihah disedekahkan kepadanya

Difahamkan, arwah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.28 pagi pada tarikh ni yang dipercayai menghidap penyakit kanser usus.. arwah meninggalkan suami dan 3 orang anaknya di mana kesemua anak-anaknya terdiri daripada anak lelaki..

Gambar kenangan dengan pelajar lelaki DEM 5B

Gambar kenangan bersama pelajar perempuan DEM 5B

Pada mulanya arwah masuk ke kelas kitorang, macam2 cerita keluar.. ada yang cakap arwah lebih sukakan student lelaki kerana faktor keluarganya yang terdiri daripada anak lelaki kesemuanya.. tapi sangkaan tu sama sekali tak tepat sebab arwah sangat adil bagi semua lah.. atau dalam erti kata lain, arwah tak bias..! arwah layan sama rata je baik student laki mahupun perempuan.. sebab saya dan kawan2 lain sendiri yang nampak dan rasa arwah memang bukan seorang yang seperti yang diceritakan tu.. Alhamdulillah, saya dan kawan2 boleh 'ngam' dengan arwah sampai kitorang habis belajar di Perak..

Kami datang rumah arwah untuk beraya

Di bawah ni koleksi gambar arwah bersama sesetengah studentnya masa kitorang sama2 menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak.. saya rasa nak share gambar kenangan bersama pensyarah kesayangan saya kat sini.. no hal kan..? =)

Dinner DEM masa kitorang part 5

Dekat rumah arwah

Arwah bersama rakan seperjuangannya

Saya dan arwah masa Dinner Dem part 5

Arwah seorang yang mudah didekati

Taman Layang-layang


Pada 10hb Februari 2011, saya dengan diorang pergi ke Taman Layang-layang yang letaknya di Kepong, Selangor.. thanks to Ummu a.k.a awek Zul sebab perkenalkan tempat yang sangat cantik macam ni pada kitorang.. I think you guys out there should go to get this exciting experience! kitorang pergi berkonvoi 5 bijik kereta.. tempat tu sangat cantik dan sangat sesuai nak main layang-layang sebab angin tu sepoi-sepoi bahasa.. ehh, up sikit ye.. 'sepoi-sepoi kencang la jugak..'

Gaya artistik saya dan Jue tengok layang-layang terbang tinggi!

Member2 yang pergi sama habiskan masa kat sini ada yang pergi berduet.. tapi kitorang tak lupa pada yang 'single but not available' ni.. diorang tak dilupakan tau.. kalau nak gumbira, biar gumbira sama-sama kan.. baru hap-pening! hehe..


Aweks! tapi not available ye korang
Hero2 Malaya. Pilih mana satu nak? :P

Gian tiba-tiba pulak nak bersenam



love this pic so much




Nak menuju ke menara kat taman layang-layang ni..

Macam ni la rupa pemandangan bila berada di atas menara kat taman ni.. cantik kan?
Thank you guys for spending time together! Hopefully friendship ni will get along sampai bila2 walaupun dah tua kerepot.. hehe..

HOPE THIS MOMENT WILL NEVER BE FLY AWAY
Farid | Mamat | Afiq | Zul & Umu | Sabila & KJ | Jue & Syafiq | Fiza & Mat and also my MF

Saturday 5 March 2011

Chinese Name

 

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I’m Sam Wan (someone) and I need to talk to Annie Wan!  It is urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone, but what is this urgent matter about?

Caller: @#$… just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan (no one) was involved in an accident. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn’t an urgent matter! You may find this hilarious but I don’t have time for this!

Caller: You are so rude! What is your name?

Operator: I am Saw Lee (sorry)!

Caller: Yes! You should be sorry. Now give me your name!!!


Semua paparan situasi, jalan cerita dan nama-nama watak yang termuat di dalamnya tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Dear Friend


I have often thought about it,
But somehow I couldn’t find a solution,
Was I too harsh..?
Maybe, but now it seems too late.

          I have lost a friend,
          A friend too dear to me,
          Someone so true yet so deceiving,
          Someone so near yet so far.

We were once on top of the world,
Singing and dancing like’s it’s nobody’s business,
But now even when we come face to face,
We seem to be smiling,
But are actually crying inside.

          Maybe we made the wrong decision,
          Maybe we should’ve stayed as we were,
          ‘Happy and carefree’,
          But there are too many ‘maybes’,
          Maybe that’s why we made up our mind,
          Maybe it was the right decision.

I remember you were once my best friend,
Now, we are barely friends,
I sometimes wonder,
Was it your mistake or mine..?

          After all the ups and downs we went through,
          I realized one thing,
          It doesn’t matter who is right or wrong,
          But ‘are we ready to truly forgive..?’
          Are we ready to let go of the grunge and anger inside..?

No matter what you decide,
I have to tell you something true from my heart,
You made me, who I am today,
And I am very grateful for all you have done,
You will always be my best friend..

Bintang ni melambangkan cahaya persahabatan.. :)