Followers

Sunday 6 March 2011

Kembali ke Rahmatullah


.06 March 2011.
Tarikh ni adalah tarikh pulangnya seorang insan yang berhati mulia, tak henti-henti mengajar anak muridnya supaya menjadi seorang yang berilmu.. kalau tak kerananya, saya jugak tak sampai ke tahap ni.. insan yang dimaksudkan itu diberi nama..
Puan Wan Hazimah Bt Wan Hariri..

Al-Fatihah disedekahkan kepadanya

Difahamkan, arwah telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.28 pagi pada tarikh ni yang dipercayai menghidap penyakit kanser usus.. arwah meninggalkan suami dan 3 orang anaknya di mana kesemua anak-anaknya terdiri daripada anak lelaki..

Gambar kenangan dengan pelajar lelaki DEM 5B

Gambar kenangan bersama pelajar perempuan DEM 5B

Pada mulanya arwah masuk ke kelas kitorang, macam2 cerita keluar.. ada yang cakap arwah lebih sukakan student lelaki kerana faktor keluarganya yang terdiri daripada anak lelaki kesemuanya.. tapi sangkaan tu sama sekali tak tepat sebab arwah sangat adil bagi semua lah.. atau dalam erti kata lain, arwah tak bias..! arwah layan sama rata je baik student laki mahupun perempuan.. sebab saya dan kawan2 lain sendiri yang nampak dan rasa arwah memang bukan seorang yang seperti yang diceritakan tu.. Alhamdulillah, saya dan kawan2 boleh 'ngam' dengan arwah sampai kitorang habis belajar di Perak..

Kami datang rumah arwah untuk beraya

Di bawah ni koleksi gambar arwah bersama sesetengah studentnya masa kitorang sama2 menuntut di UiTM Seri Iskandar, Perak.. saya rasa nak share gambar kenangan bersama pensyarah kesayangan saya kat sini.. no hal kan..? =)

Dinner DEM masa kitorang part 5

Dekat rumah arwah

Arwah bersama rakan seperjuangannya

Saya dan arwah masa Dinner Dem part 5

Arwah seorang yang mudah didekati

No comments :

Post a Comment