Followers

Saturday 5 March 2011

I ❤ Them


Saya sayang mereka! mereka dunia saya sejak saya kecik lagi.. ❤❤

Hey budak ni.. comotnye... :P

Keluarga saya: 

Abah
Seorang yang sangat tegas tapi hati lembut bila dengan anak-anak (tapi tegas tu ada jugak bila anak-anak buat silap).. abah juga sangat suka dengan blog.. macam-macam blog dah abah create.. gud job abah! abah memang suka aktiviti lasak (Kayak, naik bukit dan panjat gunung dll).. hampir setiap tahun ada saja aktiviti kampung yang abah pun turut anjurkan.. dan yang terbesar, MERENTAS DESA PULAU PINANG.. semangat abah kuat, abah belajar lagi dan belajar sampai jadi seorang pengajar di salah sebuah sekolah  rendah di Pahang.. tak salah saya di Felda Lakum.. beberapa tahun kemudian, jadi cikgu di Sek Men Keb Seri Balik Pulau, Pulau Pinang, lepas tu di Sek Men Keb Abdullah Munshi, Pulau Pinang and currently di Sek Men Keb Teluk Kumbar (2).. abah memang idola saya lah!

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Mak
Garang masa kitorang kecik-kecik.. 'Lentur buluh biarlah dari rebungnya'.. mungkin ni teori mak kot.. tu yang mak garang je dengan anak-anak.. tapi bila dah besar.. mak boleh dibawak berbincang.. mak jugak macam abah.. sukakan aktiviti lasak.. tiap hari Ahad, diorang beramai-ramai akan naik bukit di sekitar Teluk Kumbar ni.. bagus mak! patutla mak masih lagi nampak kuat walaupun kaki mak selalu sakit disebabkan accident yang mak alami masa raya kedua lebih kurang 3 4 tahun lalu.. bagi saya, mak seorang yang sangat kuat.. macam-macam penyakit dah mak alami sehainggakan ada penyakit yang terpaksa dioperate.. tapi mak masih lagi kuat.. dari dulu sampai sekarang.. saya bangga mempunyai mak yang bernama RAHANI BINTI OTHMAN..!

Saya sayang diorang sangat-sangat

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Abang Zani
 Abang yang sulong.. sekarang kerja di Kelab Sukan dan Komuniti (KSK), kalau tak salah saya la namanya macam tu.. agak garang bila adik-adiknya buat silap.. bertindak sebagai assistant abah nak bagi nasihat bila ada saja perkara yang tak kena dilakukan oleh adik-adiknya ini.. agak tegas jugak.. maybe disebabkan dia anak yang sulong! akan bagi pertolongan kalau saya mintak tolong sesuatu.. sekarang dah ada tunang yang namanya Nurool Azreen Bt Hazizi.. Hopefully, lepas kahwin ni hidup kamu dan pasangan akan bahagia sama macam abah dan mak kita..
Abang Zani and his fiancee, Kak Reen

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Abang Remy 
 Ni abang no 2 saya.. sekarang dia belajar di JMTI dalam kejuruteraan mekatronik.. emm, ye kot.. dia tua setahun je dari saya.. jadi, kalau sekolah rendah, sekolah sekali la.. yang best masa sekolah rendah, dia akan bagi duit sekolah dia kalau saya mintak.. ni seingat saya la.. walaupun perangai dia kadang-kadang buat saya rasa macam nak jadi The Hulk, saya masih lagi respect dia sebab dia sentiasa jaga adik-adiknya dari segi perangai kitorang yang nakal-nakal ni.. thanks bro!
Sorry, ambik ur pic yang da berzaman ni

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Nida
 Ni adik second last saya.. dia sangat minat ngan cerita-cerita Korea ataupun orang-orang Korea.. dia sangat matured dari saya! haha.. pasai apa ye saya cakap macam ni..? ye! memang dia matured dari saya.. sebab.. ada apa-apa masalah dia selalu bagi idea yang sangat bernas.. dia control cara percakapan dia.. gelak dia.. tak macam saya ni.. sekarang, dia masih lagi belajar dalam medic di Tanta Uni.. semoga berjaya adikku..! banggakan mak abah kita..
Pic don't lie! Die lebih rendah dari saye even dia nampak matang dari saya

˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Adik a.k.a Redzwan
Ni adik saya yang bongsu.. sekarang masih lagi belajar di Tingkatan 4.. lepas je dari PMR tahun lepas, dia apply sek teknik.. sekarang dia di Sek Men Teknik Balik Pulau.. dia ni sangat nakal.. tapi kalau sekali kena marah.. memang suka buat muka innocent giler! geram jugak bila dia kadang-kadang selalu tak dengar kata tapi tu lah kan.. budak-budak nak membesar.. sekarang dah kena dok asrama, hope kamu boleh berdikari dan ubah sikit perangai tu demi kebahagiaan mak abah..! gud luck bro!
bajetnya adikku yang sorang ni!

No comments :

Post a Comment