Followers

Wednesday 13 July 2011

Hina Lagu Negaraku?


Makin hari makin banyak isu yang tak berapa sedap didengar menjadi2 kat negara ni.. kenapa ye? adakah sebab kita ni berada di dalam kalangan orang yang sudah tak ada tamadun? atau kita semakin hanyut dengan kesenangan yang dimiliki selama ni? TAK ADA RASA HORMAT SESAMA RAKYAT?

Baru2 ni negara dikejutkan dengan insiden perhimpunan haram dan sebagainya.. hal ni tak nak saya komen sebab ianya bergantung pada pendapat masing2.. semua orang nak kan benda yang terbaik bagi diri mereka.. tapi di tengah2 perbualan orang ramai tentang perhimpunan tu, muncul pulak satu isu baru mengenai 'Hina lagu Negaraku'!

klik Pelajar didakwa hina Negaraku ni nak tahu sedikit sebanyak tentang isu ni.

Sekarang perkara ni masih lagi didalam siasatan..
Tapi, niat ke arah ni dah terjadi.. golongan yang buat perkara seperti ni siapa? apa motif sebenarnya?
atau dia memang nak dapatkan status 'glamour' kat mata dunia..?

Sayang kalau golongan macam ni mempersendakan lagu keramat negara.. seolah2 golongan ni tak bersyukur dengan apa yang dimiliki.. kalau pergi kat mana2 negara sekalipun, sape yang suka bila lagu negara dihina? di mana kesedaran moral terletak?

Pergi mana2 acara, kebanyakkannya akan dendangkan lagu Negaraku dulu.. sampai la ke perlawanan bola sepak.. tujuan utamanya adalah nak menaikkan semangat diri setiap yang mendengarnya.. tapi bila perkara berlaku sebaliknya seperti isu ni seolah2 mempersendakan lagu negaraku, ia seolah2 jugak mempersendakan TANAH TUMPAH DARAH SENDIRI termasuklah institusi raja2..

Lirik Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta.


sedarlah, kita berada di dalam zon yang aman damai.. janganlah kita kucar-kacirkan atau menjatuhkan negara sendiri.. kalau tak kerana Malaysia Bumi Bertuah ni, kita mungkin tak kan boleh keluar ke mana2 saja yang kita nak.. kita sentiasa dibelenggu ketakutan seperti yang berlaku di negara2 arab sana..

"Syukur padamu Ya Allah.. kerana diberi perlindungan yang sempurna ini.."






No comments :

Post a Comment