Followers

Friday 22 July 2011

Cantik itu Perlu?


Assalamualaikum.. =)

Wahh... ape yang perlu tu..? cantik macam mana yang perlu tu..?

Tengah bosan2 di office ni, tiba2 terfikir topik ni.. sebab hari tu chat dengan member sorang ni.. terkeluar lah segala isu pasal hodoh-cantik-cun-kurus-gemuk dan sewilayah dengannya... mesti boleh teka kan ni berkenaan ape?


Ye..! anda tepat............!!
=)
=)

1 persoalan dah dijawab oleh anda! mestilah pasal sifat fizikal seseorang kan.. hehe..
lebih tepat lagi, cantik hati dan fizikal..

 Dari segi nak berjodoh2 ni.. kalau timbul isu camni, mesti nak cakap..
"ala, tengok awekla tu macam mana.. cantik.. mestila ada orang nak"

tak pun cakap camni..
"ala, nak dapat yang cun bukan susah asalkan pandai bergaya je..."

tak pun.. camni pulak..
"cube tengok, kalau awek lawa.. mesti bf tu x beberapa kan..? tak pun, kalau awek tak lawa, mesti dapat orang yang ada rupa kan.."

amboi aihh.. macam dah tertulis je kan kalau selalu cakap camni..~

Mana ada semua orang macam tu.. tu mind set orang je sebab dok selalu jumpak orang2 camni ..

bagi yang kurang confidence level tu, jangalah terlalu humble dengan diri korang.. tak semua orang yang cantik rupa paras tu cantik hatinya .. dan tak semua pulak yang tak cantik rupa paras tu cantik hatinya..

*Oo'oooo... apa ni..? pening suda...
pendek cita disebaliknya la..=)

Bagi orang yang dah memang cantik rupa paras, tu advantage la pada diorang.. bersyukur la dengan pemberian Allah.. yang elok2 bertudung tu, teruskan lah tapi ada jugak yang berlaku sebaliknya.. itu no komen lah.. jangan sampai leka dengan kecantikan yang ada sampai lupa nak bersyukur padaNya.. nanti jadi manusia yang tak bersyukur pulak... tapi yang cantik dan baru2 nak berjinak memakai tudung tu, Alhamdulillah la.. kalau ramai yang beratur nak tunggu 'masuk line' pulak, pilihla yang betul2 sayangkan korang.. jangan hanya tengok pada paras rupa je.. memangla selalu sangat dok dengar, 'dari mata turun ke hati'.. tapi maksudnya bukan tengok pada rupa saja, kenalah tengok hati orang tu sama..

Orang yang kurang ke-cute-tan pada diri tu pulak, jangan terlalu merendah diri ye.. kalau rupa paras tak cantik sekalipun tapi hati baik, insyaallah akan dipertemukan dengan orang yang ikhlas.. hati yang baik akan kekal lama kalau sentiasa didorong oleh pemikiran yang positif.. sentiasa fikir yang Dia dah aturkan cara hidup terbaik bagi kita.. janganlah anggap kekurangan pada diri suatu yang mencacatkan kehidupan.. Allah s.w.t dah kurniakan kitaran kehidupan yang baik buat setiap insan.. dan itu lah yang terbaik dariNya dan yang paling penting, ada HIKMAH pada setiap perkara yang telah diaturkan tu.. cuma antara kita sedar atau tak saje..

balik pada tajuk ni, cantik itu perlu? perlu ke dalam soal mencari jodoh..? wah, topik menarik ni..! hehe.. panjang nak membebel ni kalau cakap soal jodoh.. tapi ringkaskan jela ye.. jangan risau pada sesape yang rasa diri kureng dari segi fizikal tu, takut tak bertemu jodoh.. cuma tetapkan hati, setiap seorang dah ada jodohnya yang sendiri.. cuma lambat dengan cepat je nak 'bertembung'.. haha.. ingat ni 'bumper car' ke nak langgar2 bertembung bagai.. 

adehh.. Cik Zan dah mula merapu.. plis stop it Cik Zan!
-
-
-
-end-

"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan diagung-agungkan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah di atas apa yang dikurniakan kepada kita kerana kedua-duanya adalah anugerah Alla s.w.t"



 *mintak maaf kalau hasil coretan saye ni mengguris mencalarkan hati sape2 yang membaca.. ini cuma lah coretan hasil dari pandangan sendiri.. terima kasih kerana sudi baca.. :)

No comments :

Post a Comment